Sunday, October 14, 2018

Ammonia dan garamnya !!

9.2 Ammonia dan garamnya




Ammonia ialah sumber yang penting kepada industri kimia yang berasaskan nitrogen.

Ammonia dihasilkan melalui tindak balas antara gas nitrogen dan gas hidrogen.

Ammonia biasanya wujud dalam tiga bentuk seperti berikut:
  1. Garam ammonium yang dihasilkan daripada tindak balas antara ammonia dengan asid.
  2. Asid nitrik yang dihasilkan daripada pengoksidaan ammonia.
  3. Garam nitrat yang diperoleh daripada asid nitrik melalui tindak balas kimia.
Garam ammonium, asid nitrik dan garam nitrat merupakan bahan mentah yang penting dalam industri pembuatan pelbagai jenis bahan kimia yang berasaskan nitrogen.


■ Ciri-ciri ammonia:

► Gas yang beralkali

► Tidak berwarna

► Berbau sengit

► Larut dalam air




A) Kegunaan ammonia

  • Membuat baja kimia.
  • Membuat bahan letupan.
  • Membuat asid nitrik.
  • Sebagai agen penyejuk.
  • Mencegah pembekuan susu getah.
  • Membuat bahan pencuci.

Contoh :

1. baja kimia

2. bahan letupan

3. asid nitrik


B) Pembuatan asid nitrik 

Asid nitrik adalah salah satu daripada 3 asid bukan organik yang paling lazim.Di mana 2 yang lain ialah asid hidroklorik dan asid sulfurik. Nama lain bagi asid ini adalah aqua fortis dan spirit of nitre. Apabila tulen, asid nitrik berwarna jernih,tetapi selalunya mempunyai warna kekuningan sedikit kerana kandungan nitrogen dioksida terlarut.

Terdapat banyak kegunaan ammonia.
Satu daripada kegunaan ammonia ialah 
untuk membuat asid nitrik melalui cara Ostwald,iaitu menukar ammonia kepada nitrogen monoksida kepada
 nitrogen dioksida.lalu melarutkannya ke dalam ia menjadi asid nitrik dan asid nitrous.



C) Pembuatan ammonia

Ammonia, NH3 dihasilkan dalam industri melalui Proses Haber 




➡Bahan-bahan mentah untuk penghasilan ammonia,NH3 ialah gas nitrogen dan gas hidrogen
Persamaan kimia : N2 (g) + 3 H2 (g) →2 NH3 (g)
➡Gas nitrogen diperoleh daripada penyulingan berperingkat ke atas udara cecair
➡Gas hidrogen diperoleh daripada gas asli
➡Dalam proses penghasilan ammonia, gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dicampurkan mengikut nisbah isipadu 1/3 ke dalam pemampat

Penghasilan ammonia memerlukan keadaan yang berikut :

a) mangkin : 450℃ - 500℃
b) suhu  : 200-500 atmosfera digunakan.
c) tekanan :  Serbuk besi digunakan sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas.


C) Penyediaan baja ammonium

Baja ammonium ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen untuk tumbuhan.

Jenis - jenis baja ammonium

a) Nama : Baja Ammonium Fosfat
    Tindak balas peneutralan : Larutan                 ammonia + asid fosforik

b) Nama : Baja Ammonium Nitrat
     Tindak balas peneutralan : Larutan                ammonia + asid nitrik

c) Nama : Baja Sulfat
    Tindak balas peneutralan : Larutan                 ammonia + asid sulfurik 






No comments:

Post a Comment