Monday, October 15, 2018

Polimer Sintetik !!

9.4 Polimer sintetik


Biasanya dikenali sebagai plastik, seperti polietilena dan nylon. Walau bagaimanapun, kebanyakan polimer sintetik boleh diklasifikasikan dalam tiga kumpulan utama : thermoplastik, thermoset dan elastomer.

Polimer dapat dibahagikan kepada dua :
a) polimer semula jadi

📍Polimer yang diperolehi daripada hidupan seperti haiwan dan tumbuhan
b) polimer sintetik

📍Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia yang dihasilkan daripada bahan kimia melalui kaedah pempolimeran

Struktur bagi monomer dan polimer



Pempolimeran atau polimerisasi ialah proses tindak balas kimia di mana molekul-molekul monomer bergabung dalam suatu tindak balas kimia membentuk rantaian polimer atau rangkaian tiga dimensi. Terdapat banyak jenis pempolimeran dengan sistem-sistem berbeza yang wujud untuk mengelaskannya.







Pencemaran alam sekitar yang disebabkan pelupusan polimer sintetik 


Pembuangan sewenang-wenangnya polimer sintetik

✘ Merosakkan keindahan alam.
✘Menyebabkan banjir kilat semasa hujan lebat.
✘Mengancam hidupan laut seperti penyu yang termakan polimer sintetik seperti plastik.



Pembakaran polimer sintetik
✘ Membebaskan bahan pencemar yang membahayakan kesihatan seperti asap, gas yang beracun dan menghakis misalnya sulfur dioksida pencemar-pencemar yang menyebabkan hujan asid dan kesan rumah hijau.

Cara-cara mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan polimer sintetik 

✔Mengurangkan kadar penggunaan bahan yang berasaskan polimer sintetik 




No comments:

Post a Comment