9.6 Bahan Komposit
Komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua atau lebih bahan-bahan berbeza seperti aloi, logam, kaca, polimer, dan seramik
Sifat-sifat bahan komposit adalah lebih baik daripada komponen asalnya
Sifat istimewa dan kegunaan setiap jenis bahan komposit
KONKRIT YANG DIPERKUKUH
♥Komponen
- Simen, batu kerikil , pasir, air, besi atau keluli
♥Sifat Istimewa
- lebih kuat dan keras
-Mudah diacukan menjadi pelbagai bentuk
♥Kegunaan
-Membuat bangunan , jambatan dan pelantar minyak
SUPERKONDUKTOR
♥Komponen
- kuprum(II) oksida, barium karbonat dan natrium oksida dipanaskan membentuk sejenis seramik iaitu perovoskit
♥Sifat keistimewaan
- Boleh mengkonduksikan arus elektrik pada suhu yang amat rendah
♥Kegunaan
-Cip komputer, sistem penyimpanan tenaga bermagnet
GENTIAN OPTIK
♥Komponen
-kaca, kuprum dan aluminium
♥Sifat keistimewaan
- Membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk cahaya pada kapasiti yang tinggi
♥Kegunaan
-kabel komunikasi,endoskop ( memeriksa organ dalaman manusia)
GENTIAN KACA
♥Komponen
-Plastik yang diperkukuhkan dengan gentian kaca
♥Sifat keistimewaan
-Daya rintangan tinggi , ketumpatan yang rendah
♥Kegunaan
-Tangki penyimpanan air , raket badminton
KACA FOTOKROMIK
♥Komponen
-Bahan fotokromik seperti argentum klorida digabungkan dengan kaca atau polimer lut sinar
♥Sifat keistimewaan
- Peka terhadap cahaya
♥Kegunaan
- Tingkap kereta , kanta kamera
No comments:
Post a Comment